Abstract
Arah Kiblat merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang muslim. Bukan sahaja digunakan ketika solat, arah Kiblat juga digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan seharian seperti dalam melakukan penyembelihan, pembinaan surau, masjid dan rumah serta dalam aktiviti penguburan. Pelbagai cara digunakan orang terdahulu sebagai panduan atau tatacara yang merujuk kepada cerapan matahari atau melalui kedudukan bintang/buruj. Kini, terdapat pelbagai cara sedia ada yang telah diperkenalkan untuk mengesan utara dan maklumat geografi seperti;kompas, elektronik magnetometer, inersia giroskop kompas, kompas magnet digital, teodolit dan Sistem Penentududukan Global (GPS). Giroskop jenis cincin laser berkemampuan tinggi untuk mengesan dan memberi arah secara tepat, namun mempunyai kekangan dari segi kosnya yang terlalu tinggi dan bersaiz besar. Bacaan yang diambil menerusi kompas magnetik pula mudah dipengaruhi oleh isyarat elektromagnetik manakala GPS tidak dapat bekerja secara tepat sekiranya digunakan di dalam bangunan atau di tempat yang menghalang arah satelit di angkasa. Teodolit merupakan peralatan yang digunakan untuk aplikasi pengukuran sudut termasuk penentuan arah utara benar dalam penentuan arah Kiblat. Walau bagaimanapun, teknik memindahkan titik demi titik dari luar apangan ke dalam bangunan menggunakan teodolit memerlukan tenaga pakar dan melibatkan proses yang rumit. Oleh itu, Pembangunan Sistem Penentuan Arah Kiblat Berasaskan Utara Benar dikaji bagi mengatasi kekangan pada peralatan yang telah sedia ada. Sistem ini terbahagi kepada modul di luar dan di dalam bangunan.
Keputusan ujian lapangan membuktikan bahawa sistem yang dibangunkan memperolehi selisih ralat ±7’ 06” berbanding utara benar dan arah kiblat yang ditentusahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Keseluruhan proses penentuan utara benar dan kiblat menggunakan sistem ini memakan masa kurang daripada 30 minit berbanding dengan kaedah dan peralatan sedia ada.
Keputusan ujian lapangan membuktikan bahawa sistem yang dibangunkan memperolehi selisih ralat ±7’ 06” berbanding utara benar dan arah kiblat yang ditentusahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Keseluruhan proses penentuan utara benar dan kiblat menggunakan sistem ini memakan masa kurang daripada 30 minit berbanding dengan kaedah dan peralatan sedia ada.
Original language | Malay |
---|---|
Title of host publication | InnoQibla |
Subtitle of host publication | Penentuan Arah Kiblat berasaskan Utara Benar |
Editors | Norhana Arsad, Nur Hazliza Ariffin, Badariah Bais |
Place of Publication | Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia |
Publisher | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Chapter | 2 |
Number of pages | 158 |
Edition | 1st |
ISBN (Electronic) | 9789672519898 |
ISBN (Print) | 9786294860421 |
Publication status | Published - 2022 |